Pasukan Pengakap Kelana C Gombak

Merupakan Pasukan Pengakap Kelana daripada bekas-bekas ahli pengakap remaja SMK Sungai Pusu.

Wednesday, June 24, 2009

Kontijen Kelana Selangor Ke Rovermoot 1Malaysia

Dengan hormat dan sukacitanya Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menghantar kontijen ke Rovermoot 1 Malaysia yang akan diadakan pada butiran berikut:-
  • Tarikh: 23 - 27 /07/ 09
  • Anjuran: Ibu Pejabat PPM
  • Lokasi: Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang
  • Bayaran: RM100 (termasuk makan)
  • Surat: ada dilampirkan bersama atau sila muat turun surat siaran disini dan borang penyertaan disini
Sila sahkan penyertaan anda kepada Ketua Kontijen Kelana Selangor En. Haffiz Hamdan di talian 012-6261154 atau ke alamat email kelanaselangor@gmail.com dan Mesyuarat Kontijen Kelana Selangor ke Rovermoot 1Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.
Sila layari laman web seketeriat di alamat http://kelanaselangor.blogspot.com/ untuk maklumat terkini.
Sebarang pertanyaan berkenaan Rovermoot 1Malaysia boleh berhubung dengan En. Abdul Rahim Hamid, Penolong Setiausaha Program Ibu Pejabat di talian 017-6156880 dan layari laman web PPM http://www.malaysiascout.org/ untuk maklumat lanjut.

Semua pengakap kelana selangor dijemput menyertai Rovermoot 1Malaysia ini.

Harap maklum dan terima kasih.


--
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor

http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com

kepada sesiapa yang berminat,sila hubungi SAZMI : 012-3262706 untuk maklumat lanjut. trimas!

Monday, June 1, 2009

PROGRAM UNTUK MENANAM POKOK SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI KEM PENGAKAP HULU SEMENYIH



Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Makan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur
Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474 atau di alamat kelanaselangor@gmail.com.
Surat siaran program ada dilampirkan bersama dan semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.
Harap maklum dan terima kasih.

--
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor
http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com





sama-samalah kita menjayakan nya! sayangi dunia anda.. kalo agak-agak nak join,please contact
SAZMI
: 012-3262706. terima kasih!

Friday, May 8, 2009

lagu-lagu pengakap

apabila bunga kembang berseri,
satu ekor gajah keluar dan menari..
lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri,
tepuk seekor lagi
keluar dan menari..

hey!

apabila bunga kembang berseri,
dua ekor gajah keluar dan menari..
lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri,
tepuk seekor lagi
keluar dan menari..

hey!

apabila bunga kembang berseri,
tiga ekor gajah keluar dan menari..
lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri,
tepuk seekor lagi
keluar dan menari..

hey! hey!

Tuesday, April 28, 2009

KEMPORI DATANG LAGI!!




PPM Gombak dijangka akan mengadakan KEMPORI GOMBAK 2009 pada bulan JULAI 2009 bertempat di KEM PENGAKAP RIMBA TEMPLER dari hari JUMAAT hingga ISNIN.


Kumpulan Sasaran : Ahli-ahli Pengakap Tahun 4 dan 5 ( Sekolah Rendah ), Tingkatan 1, 2 dan 4 ( Sekolah Menengah )


Bayaran Penyertaan : RM 40.00


** Mana-mana ahli yang berminat bolehlah membuat persediaan dan persiapan daripada sekarang.


keterangan kanjut,sila rujuk http://ppmgombak.blogspot.com/

Pengakap lahirkan insan madani, patriotik: TPM




KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Persekutuan Pengakap Malaysia sudah lama mendukung dasar kerajaan dengan menanamkan nilai murni kepada anggota sejak penubuhannya di negara ini 100 tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, secara sedar atau tidak, dasar kerajaan yang mahu membina insan madani dan mewujudkan semangat patriotisme ke arah konsep Satu Malaysia, tanpa mengira kaum seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah lama terlaksana.

"Saya ingin mengingatkan, pengakap sudah menimba ilmu, menjiwai (falsafah) yang telah jadi asas kemakmuran, asas kesetiaan. Pengakap juga bersemangat kesukarelawan, (menitik beratkan) perpaduan kaum dan integrasi nasional serta melahirkan generasi yang cergas, cerdas, berkeyakinan diri dalam membentuk jatidiri," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berucap demikian semasa majlis sambutan Ulangtahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia di Stadium Negara di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Muhyiddin berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan sentiasa memberi keutamaan menjayakan pengakap dan memberi kerjasama dalam menjalankan program yang dirancang.

Beliau juga menerima cadangan Abdullah supaya penambahbaikan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam memantapkan pergerakan itu di semua sekolah di seluruh negara.

Muhyiddin berkata dalam melakasnakannya, peranan ibu bapa sangat penting dan mereka diminta jangan menyekat pembabitan anak-anak di dalam pergerakan seumpama ini.

"Masyarakat juga kena beri sokongan padu seperti job training. Saya agak terkilan aktiviti ini tidak lagi aktif seperti zaman persekolahan saya dulu," katanya.

Beliau juga mencabar anggota pengakap merebut peluang mendapatkan pengiktirafan termasuk dari Kementerian Belia dan Sukan bagi meningkatkan martabat dan maruah pertubuhan pengakap negara ini.

Semasa mengulas sambutan 100 tahun penubuhan pengakap, Muhyiddin berkata tempoh masa itu lebih lama dari kemerdekaan negara ini sendiri dan oleh itu ia perlu disambut dengan penuh kesyukuran, dan tidak mungkin lagi dapat dirayakan sepanjang hayat.

Katanya, pengakap yang bermula dengan nama Anak Serigala terus tekun menjalankan aktiviti kebajikan walaupun kini namanya sudah bertukar kepada pengakap.

Sebelum itu, dalam ucapannya Abdullah berpesan kepada anggota dan pemimpin pengakap supaya membina persaudaraan dan perpaduan di kalangan anggota dan menjadikan taat setia sebagai satu nilai murni tanpa mengira agama, kaum dan perbezaan darjat.

Beliau juga menyeru pemimpin pengakap supaya memberikan contoh dan teladan yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan.

Abdullah berkata pergerakan pengakap, yang disertainya sejak di bangku sekolah lagi menjadi bekalan kepadanya untuk menjadi pemimpin sebelum ini.

Pada majlis itu, Abdullah juga menyampaikan anugerah kepada 100 pimpinan Pengakap di seluruh negara sempena sambutan ulang tahun pertubuhan itu. - Bernama

Sunday, March 15, 2009

Jawatankuasa Seketariat Kelana Selangor 2009/10

Penaung : Tn. Hj. Ishak b. Mohd Joned
Penasihat : Tn. Hj. Azkiah b. Hj. Nor
En. Md. Arif b. Hairoman
En. Bu Naif b. Hj. Mohd Yusof
Pengerusi : En. Mohd Fadzil b. Mohd Yusuf
Timb. Pengerusi : En. Sahrom b. Jaafar
Setiusaha : En. Khairul Faizal b. Hj. Ramli
Pen. Setiausaha : Cik Nurjihan bt. Ab Rahman
Bendahari : En. Rosman b. Mohamed@Ahmad
Pen. Bendahari: En. Hairul Hafizi b. Mohammed Ghazali
AJK Peralatan : En. Mohd Sazmi b. Saharin
AJK Makanan : En. Mohd Hafiz Razif b. Osman
AJK HELWA : Cik Syazaliana bt. Mohamed Saat
AJK Daerah :-

Kapar : En. Mohd Haffiz Hamdan b. Shukor
Gombak : En. Mohd Fadly b. Mohd Isa
Putrajaya : Mohd Safuan b. Mohd Yusuf
Hulu Langat : En. Norhisham Pain b. Mohd Nasir
Sungai Besar : En. Ahmad Januri b. Mohd Jamil
Kuala Selangor : En. Ahmad Buhaini Buhamy b. Bu Naif
Tanjung Karang : Cik Nor Rizlah bt. Mat Desa
Pelabuhan Klang : En. Zulhafizi b. Zulkefli
Klang : masih kosong
Kajang : masih kosong
Sepang : masih kosong
Petaling : masih kosong
Kuala Langat : masih kosong
Hulu Selangor : masih kosong
Sabak Bernam : masih kosong

Pemeriksa Kira-Kira : En. Mohammad Nazree b. Mohd Saleh
En. Heng Yew Ping

SELAMAT HARI PENGAKAP

SELAMAT HARI PENGAKAP
22 FEBRUARI 2009