Pasukan Pengakap Kelana C Gombak

Merupakan Pasukan Pengakap Kelana daripada bekas-bekas ahli pengakap remaja SMK Sungai Pusu.

Wednesday, June 24, 2009

Kontijen Kelana Selangor Ke Rovermoot 1Malaysia

Dengan hormat dan sukacitanya Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menghantar kontijen ke Rovermoot 1 Malaysia yang akan diadakan pada butiran berikut:-
  • Tarikh: 23 - 27 /07/ 09
  • Anjuran: Ibu Pejabat PPM
  • Lokasi: Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang
  • Bayaran: RM100 (termasuk makan)
  • Surat: ada dilampirkan bersama atau sila muat turun surat siaran disini dan borang penyertaan disini
Sila sahkan penyertaan anda kepada Ketua Kontijen Kelana Selangor En. Haffiz Hamdan di talian 012-6261154 atau ke alamat email kelanaselangor@gmail.com dan Mesyuarat Kontijen Kelana Selangor ke Rovermoot 1Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.
Sila layari laman web seketeriat di alamat http://kelanaselangor.blogspot.com/ untuk maklumat terkini.
Sebarang pertanyaan berkenaan Rovermoot 1Malaysia boleh berhubung dengan En. Abdul Rahim Hamid, Penolong Setiausaha Program Ibu Pejabat di talian 017-6156880 dan layari laman web PPM http://www.malaysiascout.org/ untuk maklumat lanjut.

Semua pengakap kelana selangor dijemput menyertai Rovermoot 1Malaysia ini.

Harap maklum dan terima kasih.


--
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor

http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com

kepada sesiapa yang berminat,sila hubungi SAZMI : 012-3262706 untuk maklumat lanjut. trimas!

Monday, June 1, 2009

PROGRAM UNTUK MENANAM POKOK SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI KEM PENGAKAP HULU SEMENYIH



Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Makan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur
Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474 atau di alamat kelanaselangor@gmail.com.
Surat siaran program ada dilampirkan bersama dan semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.
Harap maklum dan terima kasih.

--
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor
http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com





sama-samalah kita menjayakan nya! sayangi dunia anda.. kalo agak-agak nak join,please contact
SAZMI
: 012-3262706. terima kasih!