Pasukan Pengakap Kelana C Gombak

Merupakan Pasukan Pengakap Kelana daripada bekas-bekas ahli pengakap remaja SMK Sungai Pusu.

Monday, June 1, 2009

PROGRAM UNTUK MENANAM POKOK SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI KEM PENGAKAP HULU SEMENYIH



Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Makan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur
Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474 atau di alamat kelanaselangor@gmail.com.
Surat siaran program ada dilampirkan bersama dan semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.
Harap maklum dan terima kasih.

--
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor
http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com





sama-samalah kita menjayakan nya! sayangi dunia anda.. kalo agak-agak nak join,please contact
SAZMI
: 012-3262706. terima kasih!

No comments: